Mata Bro Pukul 3 pagi

Sekarang dah pukul 3 pagi tapi Bromasih belum boleh tidor.. mata nak kata terang tidak jugak tapi kerana terlalu kusyuk blogging ni buat mata malas nak tidor lagi. Walaupun esok bro kerja awal pagi tapi rasanya masih mampu kot bertahan esok.

Bro cuma nak berkongsi kegembiraan kerana nampaknya kominiti blogger semakin berkembang di Malaysia. Bah kan kerajaan sejak kebelakang ni makin sedar tentang kewujudan blogger dan kepentingan blogger termasuk di Malaysia ni.

Bro pun makin seronok kerana duit adsense Bro dah sampai tahap boleh di keluarkan. walaupun ini kali pertama Bro akan dapat bayaran duit dari adsense, tapi bro rasa biar lah dulu kat dalam tu. Nanti dah banyak sikit baru keluar boleh jugak guna untuk majlis perkahwinan Bro nanti ekeke.

Dan terima kasih kepada Adar kerana dah ubah kedudukan Adsense dia ke bahagian heading blog ni. Baru la menunjukkan bahawa Adar ni Porfessional dan tidak ambil kesempatan dengan blog yang kita buat. Kira sama-sama dapat makan cukup la ye tak Adar? Itu la posisi yang banyak beri Duit adsense kepada MYSPACE kalau tak silap Bro la.. Harap kita akan sama-sama berjaya ek.

Sekarang matlamat kita adalah untuk menambahkan lagi jumlah rakyat Malaysia yang paham tentang Blog ni. Alhamdulillah ari tu Bro ada tertonton ( pheh! Boleh “TER” tuuu..) kat TV1 Dan TV3 segmen yang mengajar penonton tentang apa itu blog, kegunaanya dan cara membuatnya secara percuma.

Harap lepas ni lebih ramai la yang akan jadi peminat blog ni. Bagi yang lain apa pendapat anda, Adakah Blogging akan berkembang di Malaysia atau hanya hangat-hangat taik ayam?

Sign Up Advertlets