Movie Bohsia : trailer, gambar dan pendapat
Sunday, April 26th, 2009Apa pendapat anda tentang Filem Bohsia?
Berikut sedutan dari filem Bohsia.
“Jika ingin memaparkan realiti kehidupan ‘mat rempit’ serta ‘bohsia/bohjan’, bak kata Syamsul, dia perlu berani menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku walaupun ia mungkin dilihat sebagai tidak sesuai untuk tontonan umum. Walaupun tiada babak yang dipotong Lembaga Penapisan Filem, namun ia telah di klasifikasikan sebagai 18PL yang bermakna filem tersebut ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks.
“Saya tidak takut rating 18PL akan menghadkan segmen masyarakat yang dibenarkan menonton filem ini. Saya percaya pada rezeki. Dan sebenarnya, apa yang terjadi di dunia realiti lebih teruk dari apa yang saya paparkan.”
Oleh itu, bagi mereka yang mengharapkan satu ‘happy ending’, bersedia untuk dikecewakan. Menurut Syamsul, buat sebuah filem seperti ‘Bohsia’, satu pengajaran perlu di sampaikan.
“Takkan nak enjoy saja sampai habis. Saya ingin menampilkan sebuah filem yang bukan sahaja menghiburkan tetapi mampu membuat penonton berfikir dan saya merasakan mereka sudah bersedia (untuk menerima pengakhiran cerita yang sedih).”
Di petik dari GUA.COM.MY



Suara Broblogger :
Bro belum tengok lagi tapi kalau dari sedutan macam tak best aje.. harap-harap jangan lah filem ni makin mengalakkan perbuatan buruk di kalangan remaja.
Betul tagline filem ni “Jangan pilih jalan hitam”
