Aril diundi keluar, Ramai terkejut

KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2009: Seluruh penonton di dalam Dewan Sri Putra di Bukit Jalil tergamam seketika apabila mendengar pengumuman pelajar favourite, Hairil Azam Pilus atau Aril, 24, telah tersingkir daripada Akademi Fantasia 7 (AF7), sebentar tadi.
Bukan sahaja penyokong Aril yang popular dengan tagline ‘Best Wok’ tetapi barisan tenaga pengajar serta pengkritik juga terkejut dengan keputusan itu kerana persembahan Aril cukup hebat dan bertenaga apabila menyanyikan lagu kumpulan Gigi, Nakal.
Mendengar keputusan hos AC Mizal yang turut menangis dan memeluk Aril itu, Cikgu Siti Hajar Ismail terus menitiskan air mata manakala pengkritik Adlin Aman Ramli, Dato’ Khadijah Ibrahim serta Adibah Noor, kelihatan menggeleng-gelengkan kepala mereka.”
Keratan ini dipetik dari Murai.com
Pada pendapat Broblogger la, di dalam program realiti ni macam-macm boleh jadi. tak kiralah berapa hebat anda beraksi, berapa ramai peminat yang ada tetapi kalau tak ada yang mengundi, tak da guna juga,
Rata-rata rakyat malaysia suka hiburan realiti tetapi nak laburkan duit untuk kayakan Astro dan syarikat telekomunikasi ni, berat sikit la
Kesian kat Aril tapi hidup mesti terus…
