Dynas selepas keguguran baby pertama
Tuesday, April 21st, 2009
ucapan Dynas selepas keguguran
“”Sebelum kejadian ini saya pernah merancang untuk melahirkan 2 atau 3 orang anak saja. Tapi sejak kejadian itu, saya mula nampak hikmahnya, bahawa saya tidak sepatutnya meletakkan had untuk berapa ramai orang anak yang Tuhan hendak kurniakan.
“Selepas ini, tak payahlah saya nak merancang. Tak kisahlah berapa ramai orang anak pun, saya akan tetap menerima walaupun saya sudah merasai bagaimana sakitnya melahirkan seorang anak,”
Begitulah kata Dynas menurut Murai.com.my.
Ucapan takziah kepada dynas kerana keguguran anak beliau yang pertama.
Menurut Dynas, Emosinya masih belum stabil, tetapi tetap positif hasil dorongan suami yang sentiasa berada di sisi.
Broblogger 2 cent: Sabar je la dynas, kalau ada rezeki adalah ganti tu. Allah “simpan” awal2 baby tu tentu ada sebabnya.
